Monday, February 4, 2013



Assalamualaikum wbt.
Selamat datang buat blog baruku.
Hampir setahun aku tinggalkan dunia penulisanku.
Bukan kerana tiada hati, tapi sedikit kesibukan dunia buat kulupa seketika.
Lupa bahawa aku telah memilih dunia penulisan sebagai medium perjuanganku.
Kerna ini lah kemampuanku.

Inshaallah, aku akan cuba sedaya upayaku untuk terus berbakti melalui penulisan.
Kenapa aku tidak meneruskan blog yang lama?
Sekadar hanya ingin memperbaharui blog.

Seperti mana diri ini.
Ingin kutiupkan semangat baru.
Aku ingin tinggalkan semua kisah duka silam ku.
Kerna masa lampau adalah sesuatu yang jauh daripada kita.
Usah dikenang masa lampau, cuma ambil pengajaran disetiap apa yang berlaku.

Lihat lah masa depan.
Tegakkan azam.
Susun langkah dengan kemas.
Ada cahaya yang menyuluh jalan selagi mana Allah memilih kita di jalanNya.
Agar usaha ke arah kejayaan bisa diatur dengan baik walau tidak sempurna.
Hasil nya terserah kepada Sang Pemilik kita.
Segala yang diberi adalah yang terbaik.

Selamat memulakan perjalanan yang baru.